Sunday 18 November 2012

Tips Menghias Dapur Agar Nampak Luas

Hari ini saya sibuk mengemas ruang dapur dan tempat saya mencuci pakaian. Inilah ruang kecil untuk mesin basuh saya tu. Saya kongsikan tips menyusun dan menghias dapur agar kelihatan kemas dan luas.

• Memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan anak-anak, pilihlah konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minima.

• Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra.

• Ruang akan nampak lebih luas dengan penggunaan warna cerah.

• Elak menggunakan wallpaper secara menyeluruh, dan yang bercorak padat. Jika perlu, hanya gunakan sebagai garis sempadan.

• Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil adalah yang paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi adakalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding.

• Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur. Seeloknya anda menggunakan blind curtain yang mana selalunya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang.

• Rancang pemasangan kabinet lekap (fixed cabinet) dengan teliti mengikut kesesuaian ruang. Gunakan kabinet di bahagian atas dinding untuk menyimpan segala peralatan dapur dan bina sekali ruang untuk menempatkan alatan elektrik seperti ketuhar. Jangan lupa peti sejuk satu kemestian bagi sebuah dapur.

• Sedia/tinggalkan ruang untuk alatan tersebut semasa memasang kabinet. Lebih bagus jika mempunyai ruang khusus untuk meletakkan tong sampah.

• Gunakan dapur yang berciri pelbagai guna untuk mengurangkan jumlah alatan elektrik di dapur.

•Akhir sekali, amalkan mengelap hingga kering dan menyimpan terus pinggan mangkuk, periuk belanga, dan lain-lain di tempatnya sejurus selepas dibasuh.

Saturday 17 November 2012

9th GiveAway (GA)

Nak join? Sila klik link ini http://umiyumi2.blogspot.com/2012/11/9th-giveaway-ga.html dan contest ini akan berakhir pada 25/11/2012


Saya join GA 2012 Nurul Yui

Syarat-syarat yang wajib dipatuhi :

Hari ini nak join satu GA. Kalau korang nak join klik link ini ye http://nusha1706.blogspot.com/2012/11/saya-join-ga-2012-nurul-yui.html

1) Buat entry dengan tajuk " Saya join GA 2012 Nurul Yui "

2) Jangan lupa letakkan banner kat atas dan linkkan
dalam entry tersebut

3) Boleh gunakan blog personal atau blog join sana sini

4) Tinggalkan link entry tersebut pada komen entry ini
{ link blog sahaja TIDAK diterima }

5) Lengkapkan ayat ini dalam entry anda
Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana ingin menambah ramai kenalan dan memenangi hadiah yang ditawarkan.

Tarikh akhir untuk sertai GA ini adalah pada 23/11/2012.